Thursday, January 07, 2010

Anak Awak Tak Minat Belajarlah


Bismillah,

Beberapa ari lalu saya bloghopping dari satu blog ke satu blog dan singgah ke blog K.Yati yang menceritakan kisah hari pertama Teta nya yang cute itu ke sekolah. Tak kurang juga teman blogger yang lain yang cerita dihalau dek anak dari sekolah macam Farah Sarakids. Juga saya pernah membaca coretan UmmuSaif yang tidak puas hati dengan SmartReader sehingga mereka suami istri bertindak mencari tadika lain.

Saya sendiri pernah melalui pengalaman dengan menghantar anak2 ke satu tadika sekitar sini dan mereka asalnya minta RM 750 sebulan untuk 3 anak saya lalu saya pulang dengan hampa, kerana saya tak mampu untuk menanggung jumlah itu ketika kedai saya baru memulakan nafasnya. Pada petangnya mereka telefon dan beritahu mereka berikan harga istimewa RM 450 sebulan untuk ketiga2 mereka. Saya pun apa lagi...excited lah kan.

Tadika itu ada perkataan TAHFIZ pada namanya dan saya 'ter' letak harapan yang tinggi. At least my child boleh baca 5-6 surah lazim jadilah. Tinggikah tu harapan saya?? Tapi one day, saya terlintas nak tanya, "Mcm mana anak saya ketika belajar?" dan mereka tersengih2 menjawab, "Laaa...kak, depan ni tak minat sangat belajar. Depa main 3 beradik depa ja." Can U imagine my feeling??

Seblom itu saya pernah hantar anak2 saya itu ke satu taska juga. Saya hantar ke situ sbb nakkan anak2 saya boleh speaking. Walaupun tiap2 hari anak saya mengadu, "Umi, cikgu tu tak pakai sluar." Hahaha...dah pakai skirt kan. Asmaa' lak kalau pakai gown musti ada sluar, lalu disalahkan pesen cikgunya yang non-Muslim itu. Kadang2 mereka mengadu, "Umi, cikgu tu dia tak baik pakai subang kat hidung." Aduiii.... Di situ juga setelah beberapa lama, saya tanyakan mereka, "Teacher, mcm mana anak2 saya di sini?" dan dia jawab, "Ayyoyyo kakak, anak2 kakak very naughty, tak duduk diam asyik play around." Waaaaa................

Masa di Jerteh dulu, bukan saya tak hantar anak pergi nurseri tapi cikgunya menunjukkan kesungguhan untuk mengajar lalu saya rasa kecewa dengan nurseri di Parit Buntar ni. Di Jerteh, walaupun saya tau anak2 saya meloncat2 juga tapi mereka akan kata, "Ala k.Fizah, budak2 biasa la.... umur macam ni la mereka main. Tapi kalau ajak belajar, mereka belajarla..."

Sehinggalah saya hantar anak2 saya ke PASTI sekarang. Alhamdulillah, saya tengok idakle mereka se'teruk' yang cikgu2 pelik mereka describe. Malah cikgu2 di situ juga pandai tackle anak2 supaya minat belajar. Malah saya suka dengan nilai2 yang diajar di sekolah sekarang. Siapa tak puas hati bila anak boleh ikut apa yang diajar di sekolah dan rumah?

Tujuan posting ini, bukan nak suruh kalian keluarkan anak2 kalian kalu cikgu mereka jawab mcm tu sbb ada cara pulak kita nak handle cikgu begini. Sebabnya, kebetulan ada seorang customer saya yang sama2 hantar anak ke Tadika Tahfiz beritahu, mereka tanya kepada cikgu2 itu kenapa diabaikan anak2 mereka sedangkan mereka juga bayar.

Malah dia contact bos atau tuan milik Tadika itu dan complain. Dia beritahu yang harapan dia tinggi ketika dia memilih tadika itu. Hasilnya, anak2 mereka yang sebaya dengan anak2 saya itu telah mendapat layanan istimewa dan diberi tunjuk ajar secukupnya. Tapi bg saya, kenapa perlu dicucuk2 baru nak buat?? Bukankah itu dah jadi amanah mereka?

Mmm..terpulanglah kepada kalian untuk menilai penjaga anak2 kita. Saya bukanlah cerewet sangat sbb saya tak minat nak complain2. Dan sbb malas nak complain le anak2 saya terpaksa bertukar2 nurseri sehingga saya amik keputusan untuk jaga mereka sendiri akhirnya. Lebih memuaskan hati!!!

*Saya tak cerewet kan?? hhehehe

8 comments:

  1. cerewet mak enon... :D

    ReplyDelete
  2. cerewet lebih baik dari diamkan diri
    wan dlu pn selalu amik inisiatif diam je ble anak tak dijaga baik oleh pengasuh taska. mujurlah tghari saya trun nursery bf kalau tidak, tak dpt saya bygkn betapa kebulurnya ank saya tiap hari.

    walaupn tau dia tak dlayan sebaiknya saya diamkan jugak smpailah satu tahap bb kne alahan teruk.

    sedihnya pihak taska termasuklah pengasuh2 n pengurusnya tak mntk maaf sekelumit pn sebaliknya ambil tindakan nak buang damia dr taska.

    smpi skrg saya masih beranggapan seluruh warga taska tu sangat keji dan tak profesional. pk kn untung saja!

    skrg saya mmg cerewet psal penjagaan anak. sngt cerewet.

    ReplyDelete
  3. sama la Pija, sebab tu setiap tahun anakku bertukar tadika.. nak jadi cerewet pun susah tak jadi cerewet pun susah..
    mmg logik la kalau budak2 nakal dan melompat sana sini, apalagi kalau anak lelaki.Sakit hati jea bila cikgu cakap camtu, siap anak ku kena buli pun dia dok cakap biasa la.Sebenarnya tak kisah kalau nak strict ker apa dgn anak tu yang penting cara cikgu tu sendiri.
    Saya suka kalau cikgu tu jumpa kita, telefon dan tanya kalau anak kita ada masalah. Bukan bila kita tanya" anak awak tak minat belajar" Sekarang nie tak kira tadika mahal ker murah yang penting cikgu..
    opps pija panjanglah plak.. kene buat entry la gaya nie hihihi

    ReplyDelete
  4. Pija, perlu juga utk cerewet sebab sebagai ibubapa kita perlu tahu bagaimana anak-anak kita dididik dan diasuh bukan hanya sebab kita bayar bulan2.
    Sebagai guru dan ibubapa kita perlu sentiasa anggap bahawa anak-anak adalah baik dan boleh dibentuk walau bagaimana pun perangai mereka. Bukan ke anak asal daripada kain putih dan kita lah yg membentuk mereka? Guru juga perlu berfikiran positif. InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. saya suka hantar tahfiz yg hakim pegi tahun lepas,,

    ada banyak perubahan terumata dari segi tingkah laku

    setiap minggu ada je zikir baru yang keluar dari mulutnya..

    n suka ikut solat, memang rasa puas hati n sejuk hati

    ReplyDelete
  6. Kita cerewet kerana nakkan yg terbaik utk anak. Itu sikap normal parents....

    Mcm manalah saya nanti bila Naufal dah mula nak ke tadika.....

    ReplyDelete
  7. hurm... baru ja saya nak tanya pasal hantar anak ke tadika... xpe nnt chatting...

    niway, susah jugak ye nak menilai tempat belajar anak ni... Kene daftar masuk n duduk dulu bru tau dalang cikgu2 ni... Aduss.. saya ni bakal cikgu ke ha?

    Nama pun PASTI... InsyaAllah bi'ahnya baik... Saya pun ingat nak hantar Abdullah kat rumah hujung ni... PASTI la.. Tapi takut dia lari balikje... eeheh, tgk lah camne, ada rezeki saya bolehla hantar nanti...

    ReplyDelete
  8. pija,
    lepas baca n3 pija ni, kakyong teringat sesi 'sembang' kakyong dgn sorang maksedara suami yg bekerja di tadika KEMAS.. dlm dok sembang2 tu ade lah dia ckp.. jgn hantar anak ke PASTI... uhukkkkk... ade lah yg dia rasionalkan.. tp kakyong sungguh tak setuju.. nanti kalo senang kakyong share di blog...

    la ni tgh dok masukkan semula data utk kerja akaun...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!