Tuesday, September 26, 2006

Tidak Mesra Dengan Biras atau Ipar?



Assalamualaikum,
Pastilah tajuk nih biasa dialami dalam sesuatu keluarga yang dah menerima beberapa menantu. Orang yang beruntung sangat je yang tak dapat prob nih. Ini adalah fenomena biasa yang mudah aje untuk ditangani. Janji kita sendiri willing nak buang masalah ni. Sbb kadang2 tu puncanya dari kita jugak. Cepat sangat terasa atas perkara yang pada asasnya biasa aje pada org lain.

Kaedahnya adalah seperti berikut…cuba lah, mana tau kita akan jadi menantu kesayangan selain ipar atau biras terbaik dlm keluarga…

• Pertamanya, hilangkan sangka buruk kepada biras atau ipar tu. Maksudnya tak payah fenin2 fikir hal kerenah dia. Kalau dia tak nak tegur pun tak payahla kita besar2kan. Lantakkan aje..mana la tau dia tu tak sihat ke, atau ada masalah lain ke, atau mmg sifat semula jadi ke.. Cuba bayangkan kalau ipar biras kita tu diam sbb dia malu gigi dia rongak ke (he he…) takkan tetiba je kita sumpah seranah dia kang kalau kita paksa2 dia cakap kang kita pulak tak selesa kan?
• Banyakkan berdoa pada ALLAH agar ALLAH lembutkan hati dia dan kalau dia ada prasangka dia pada kita, doala semoga ALLAH tunjukkan kebenaran. Hati dia milik Tuhan so, kita doa lah pada Tuhan. Juga doakanla semoga hubungan kita dgn dia akan menjadi lebih baik di hari mendatang. Yang penting masa berdoa kita mesti optimis doa kita akan dimakbulkan.
• Kalau hubungan kita baik dgn mertua, bgtau la mertua mana la tau mertua boleh membaikkan hubungan kita dgn ipar biras..kalau tak baik…he he,…kita bincang dalam siri lain ok…
• Kita sendiri kene mula berbaik2 dgn ipar biras. Kalau dia buat dek, kita buat lagi… buat tu benda2 yg baik2 aje. Lama-lama, dia akan tau yg kita bukan nak khianati dia tapi kita nak berbaik dgn dia. Tapi kalau start rasa mcm nak bergaduh, jgn lawan. Senyap aje..
• Tak pun minta suami kita adjust dgn adik beradik dia. Mestila dia akan tolong tapi kalau dia tanak tolong its OK. Means kita kene berjuang sorang2..

Semua yg ada diatas mesti dilakukan serentak. Tapi yg paling utama bg saya adalah yg atas sekali tu. Sbb bila kita sangka buruk pada org, tak mudah juga org akan sangka baik dgn kita. Well, semoga ada manfaatnya ye posting saya ni. Doakan yg terbaik buat diri kita ye…

Monday, September 25, 2006

Alam Perkahwinan



Assalamualaikum,
Saje nak tya sape yg dah kawen kat sini yang tak pernah gaduh lagik dgn pasangan memasing? Kalau betul ade, nanti msg saye ye he he nak tau gak ape petua yang sampai mcm tu punya mantap hubungan rumahtangga tu. Pada saya selisih faham tak mungkin kalau tak berlaku so, kita perlukan teknik terbaik untuk mendamaikan atau menjernihkan semula kekeruhan yang telah terjadi.

Ade satu hari tu saya gi amik stok tudung kat tempat saya biasa amik. Tetiba nampak satu pasang saya agak suami isteri la. Kalau dari belakang mesti nampak gaya suami tgh peluk bahu isteri dari berjalan…tapi saya tgk dari depan. Nampak sangat yg lakinya tgh cekik leher isteri. Uhuk, takutnya… tu depan org kat belakang mcm mana…

So, balik keje aritu saya tya suami. Mcm mana agaknya suami tu boleh terdorong boleh mencederakan isteri. So, mcm biasa suami saya bgtau dalam Islam ada syarat kalau nak mendenda isteri dan cara mendenda juga ada byk peringkatnya. Takde pulak sampai level cekik bini tgh jln. Sepatutnya kita bersyukur Tuhan telah menjadikan pasangan yg terbaik utk kita. Kalau rasa pasangan kita tak berapa kena, fikirla balik kita sendiri tu kena ke tak kena.

Mungkin perkara di bawah telah menyebabkan kita kerap bergaduh dgn pasangan kita… cuba cek, adeke tak?

• MENUDUH PASANGAN
o Jangan la tuduh sebarangan. Kadang2 kita dengar org cakap pasal pasangan kita, pun kita kene cek dulu. Manala tau org tu saje je nak runtuhkan keluarga kita. Time ni la kita kene guna seni dan bagi sesuatu fitnah yg org lain bgtau kita pasal pasangan, maka waktu tu terpaksa la jadik james bond utk menyiasat mission impossible ni kan…
• MENGUNGKIT
o Yg nih satu lagi. Kalau kita ungkit kebaikan kita lebih lagi la sbb nampak beno yg kita nih tak berapa ikhlas dalam perhubungan. Ataupun kita suka ungkit kesalahan pasangan. Yg ni laaagik tak patut. Tambah pulak kalau dia dah berubah kepada kebaikan.
• MENINGGIKAN SUARA
o Kalau isteri tinggikan suara mmg lah sangat tak sesuai sbb awak tuh perempuan. Memang saya akui ada time ishk terasanya nak fire power rangers pasangan tapi ingatla mcm mana kalau suami kita akan kenang perkara tu sebagai kederhakaan seorg isteri. Yg ni membabitkan dosa pahala tau. Kita kene jugak cakap baik2 sekalipun kita dah ibarat dipenyekkan oleh ape tu namanya yg gelek jalan tu steamroll ke mcm ne eja nya…dan pada suami apa salahnya cakap lembut2 dgn bini even time nak marah sbb dia tuh mak pada anak2 awak tau. Ingat senang ke nak beranak? Kalau sekalipun bini tak beranak lagi, ingat sikit ye Islam datang utk mengangkat martabat seorg wanita… jgnlah kita senang2 merendahkannya pulak
• UGUT
o Yg ni lagik la hampeh kalau kita kerap buat. Buat pe la nak mengugut. Rasa mcm dah sampai level penjenayah pulak kalau ugut nih tau. Ye la biasa bab ugut2 ni org jahat je kan?
• TAMPAR DAN MELUKAI
o Uhuk, tak baik tau gaduh sampai naik kaki tangan. Jgn buli bini dan lagi ganas jgn buli laki nnt hilang la macho kande kita. Lagipun dgn naiknya tangan ke kaki nih akan menyebabkan keadaan lebih teruk dan yg paling kita takut kalau pun boleh berbaik akan menimbulkan rasa fobia pada pasangan dan yg paling naya sekali fobia pada anak2. dan yang lebih buruk contoh anak2 kita buat pada anak2 dia pulak ke… Ishk…rosak generasi tau!!
• MENZALIMI
o Apa maksud zalim? Menurut yang saya belajar zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Cth, kita suruh bini panjat bumbung amik bola ye anak kita lantun ke… takpun kita suruh laki kita pakai skirt ke (ehehe…ada pernah jadik ke?). juga termasuk dalam ertikata ni adalah kalau tak bagi nafkah yg sepatutnya kepada pasangan.

CARA PENYELESAIAN

1. Dekatkan diri dengan Allah
Adukan masalah denganNya, melalui solat dan zikir. Mohon petunjuk agar dimudahkan jalan. Menderhaka pada ibu bapa juga perlu di jauhi. Percayalah bahawa setinggi mana pun kita panjat utk mengharmonikan keluarga tapi kita tak menggantungkan harapan pada ALLAH maka kita telah melakukan satu usaha yg tak wajar. Kerana diri kita adalah dalam penguasaan Tuhan sahaja…

2. Elakkan perbuatan mengotori hati
Jangan ambil kesempatan untuk bermain kayu tiga. Ini akan menyebabkan rumahtangga berkecai. Sbb lepas kita main kayu tiga, kita akan terus bermain kayu empat, lima bla…bla… Ni apa kes? Jgn suka buat maksiat sedangkan depan mata dah terbentang perkara yg halal.

3. Maafkan
Cuba maafkan dengan ikhlas. Mmg luka dihati tak akan dirawat sebaiknya tapi insya ALLAH kemaafan akan ada manfaatnya buat diri kita sendiri….

Well, itu je lah cerita arini. Ngantuk pulak jadiknya….byk sgt kot bercakap..ok guys…daaaaa…………..

Sunday, September 24, 2006

Memahami Kad Antenatal



Assalamualaikum,
Saje nak cerita mak saya jururawat dan saya ade tiga maksedara yang lain juga jururawat. Mak saya dgn mak njang saya staff nurse. Mak chaq saya assistant nurse dan mak cik saya pakai line ungu rasanya jururawat masyarakat. Sebelum ni, dua kali saya mengandung saya tak sesusah mengandung kali yg ketiga ni he he sbb saya senang nak cek perut.

Tak baik kan, ni ala2 rasuah jugak bila saya sampai lewat tapi dilayan paling depan sekali. Berbanding duduk jauh dgn diorg nih, saya susah sikit nak gi cek perut. Manakan tidak, saya terpaksa beratur. Yg beratur saya tak kisah sangat tapi yg saya tak suka biasanya adalah toilet kat klinik. Mungkin sbb kat kelantan ni ramai sangat yang mengandung jadi mcm kebersihan toilet mcm tak terjaga.

Bab layanan pulak mcm dah jadi kebiasaan aje kalau cek dgn gomen ni terpaksa la menghadapi kerenah yg mcm2. tapi takpe la..komplen itu ini tak baik tau. Kalau kita bersabar kan lebih baik utk kesihatan…he he… lagipun utk kebaikan kita jugak.

So, utk org mengandung, setiap ibu yg telah mendapatkan rawatan akan dapat sorang satu kad antenatal so kad ni usung la gi mana2 pun sbb rekod perubatan kita ada kat situ. Mana la tau apa2 jadi at least buku tu ada untuk jadi penolong kita bercerita ttg rekod kesihatan kita.

Bagi yang tak belajar ttg perubatan even basic pun takde, mungkin keterangan symbol di bawah boleh membantu anda. Dan, semoga semua org yang mengandung akan enjoy dgn kandungan masing2.

Alb – Albumin (sejenis protein) ditemui dalam air kencing
BP – tekanan darah
Br – bayi songsang
C / Ceph / Vx – Bayi dalam kedudukan normal (kepala ke bawah)
E / Eng – Kepala bayi dalam kedudukan sedia untuk dilahirkan
EDD / EDC – Tarikh jangka bersalin / tempoh bersalin
Fe – Zat besi tambahan yang ditetapkan
FH – Jantung fetus
FHH / H – jantung fetus kedengaran
FHNH – jantung fetus tidak kedengaran
FMF – Pergerakan fetus dirasakan
Fundus – bahagian atas rahim
Hb – tahap hemoglobin dalam darah
H / T – tekanan darah tinggi
LMP – kitaran haid yang akhir
NAD atau nil – tiada yg luar biasa dlm air kencing
NE – kepala bayi belum sedia dalam kedudukan sedia untuk dilahirkan
Oed – edema (bengkak)
Para O – perempuan yang tidak mempunyai anak lain
Primigravida – kehamilan pertama
TCA – datang lagi
TCI – datang ke hospital
U/S – ultrasound

Well, tu saje yang boleh diceritakan. Mungkin ada symbol lain yg lebih pelik dari yang ni. Saya suka datang lewat sikit bukan utk dilayan cepat tapi sbb in case nak tanya pape tak serba salah sangat kalau org blkg menunggu. Kan kalau kita datang lewat sikit, org yg terdahulu dah byk abish…

Oklah semua, semoga ada manfaatnya…salam ikhlas penuh ukhuwwah buat semua..
Dan juga selamat menghayati bulan ramadhan…

Wednesday, September 20, 2006

Rasulullah Memendekkan Langkah ke Tempat Solat

Assalamualaikum,
Semoga semua pembaca mendapat Rahmat dan kasih sayang Ilahi. Setiap hari kita akan berikhtiar semoga kita dapat menambahkan amalan di Akhirat sana kan? Ke ada org yg tak fikir? Apa la nak jadi pada kita ni kan… mcm kalau nak kumpul duit bukan main beria-ia. Sengih je bila tgk akaun kita ade riban2 tapi bila bab mengumpul amalan ni aduhai…

Ok, saya pernah terbaca ttg ni so, saya nak berkongsi dgn semua pembaca… bagaimana nak memaksimakan amalan kita especially berkenaan dgn amalan di tpt ibadat…

Hadis dari Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah SAW telah bersabda :
“Apabila solat itu hendak didirikan, jgn engkau tergesa2 utk menunaikannya, dtglah dgn berjalan, hendaklah kamu dlm keadaan tenang, maka apa yg kamu peroleh sembahyangnya dan apa yang tertinggal daripada maka sempurnakanlah akan dia.”
- riwayat al-Bukhari dan Muslim

Rasulullah mengajar kita mesti gi solat dalam keadaan bersih, tenang, sopan, merendah diri dan khusyuk. Kalau misalnya kita berlari sbb nak kejar rakaat rasanya boleh ke kita khusyuk ek? Silap haribulan sambil lari sambil terkentut he he…rugi lagi ada. In case kita dah tertinggal beberapa rakaat pun jgn lah tergesa2..rilek..yg mana tak cukup, bukankah ada cara utk sempurnakannya?

Hadis daripada Zaid Bin Thabit, beliau berkata :
“Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW utk sembahyang, di mana baginda memendekkan langkah, baginda berkata : Adakah kamu tahu kenapa aku pendekkan langkah? Aku menjawab : ALLAH dan Rasulnya lebih mengetahui. Baginda berkata : Seorang hamba itu sentiasa berada di dalam sembahyang selagi dia dalam usaha untuk menunaikan sembahyang. Menurut satu riwayat : Sesungguhnya aku berbuat demikian untuk memperbanyakkan langkahku ketika hendak sembahyang.”
- riwayat at-Tabrani

Sedangkan Rasulullah yang maksum tu masih mahu memungut pahala yang berlebihan sedangkan baginda adalah kekasih ALLAH yang maksum atau suci dari dosa maka lebih wajarlah kita melakukan perkara yang sama. Atau mungkin kita perlu bersedia lebih awal dari masuknya waktu supaya kita betul2 boleh memaksimakan masa berjalan ke tempat solat.

OK, bila sampai aje ke tempat solat, biasakanlah masuk dgn kaki kanan dan bacalah doanya.… Ya Allah! Ampunilah dosaku dan bukalah bagiku pintu rahmatMu…Comel kan doanya? Saya dulu sll baca even bukan masa nak masuk masjid aje. Mintak moga ALLAH ampunkan kita dan bukakan pintu rahmat utk kita.

Kemudian bila dah masuk masjid, dirikanlah solat sunat dua rakaat tahiyat masjid. Dalam sebuah hadis daripada Jabir yang diceritakan daripada Jabir tentang seorg lelaki yang telah masuk masjid ketika baginda sedang membaca khutbah Jumaat. Baginda bertanya : Adakah anda telah sembahyang? Lelaki itu menjawab : Belum. Baginda berkata : bangun. Sembahyang dua rakaat.
- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pastu kalau sempat duduk, duduk la mengadap kiblat..tu la adabnya masuk masjid. Ni tak, nak duduk ngadap kengkawan pastu borak2 tak tentu hala. Ruginya kalu fakir dulu2 masa belajo kat sek men byk buang masa kat surau. Patutpun sampai besar kekal perangai tak senonoh saye he he…

OK, bila dgr iqamah, maka jgnla lagi buat solat sunat kecuali jika kita dah complete abih satu rakaat yg full, maka perabisla solat tuh. So, dalam hal nih muazzin kene la perati bebaik jemaah dah abis solat sunat ke blom. Berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila iqamah sembahyang telah dimulakan, maka tidak ada sembahyang kecuali sembahyang fardhu.

Saya pun tak pandai sangat bab2 adab kat masjid sbb jarang pegi. Tapi mertua saya sanggup je dia pegi Cuma skang dah jarang. Aritu sblm beranak, saya ikut jugak tiap kali solat subuh, maghrib dan isya..Cuma sekarang dah tak pegi sbb kene solat sekali dgn dua anakanda ku nih. Kalau bawak, kene perang plak. Tunggu yg sulung ni besar sikit kot baru boleh join mertua saya semula.

Oklah geng, kalau ada saya silap dalam posting kali ni, harap di tegur ye… salam utk semua…

Monday, September 18, 2006

Tanda Mati Kian Hampir

Assalamualaikum,
Semoga semua berada dalam keadaan sihat di samping tugasan harian hendaknya. Seram jugak kan tajuk saya kali ni. Mungkin pada golongan yang dah bersedia tak akan merasakan debarannya, maklum sahaja amalan dah cukup. Walau apapun sebagai manusia biasa saya rasa kita perlu bimbang sbb takde jaminan jugak kita akan menempuhi alam kematian sebagai satu alam yang indah.

Kerananya, kita bukan insan yang terlepas dari melakukan dosa. Pertama, dosa pada Tuhan, sekalipun kita solat atau melakukan ibadah wajib adakah ibadah kita tuh akan diterima. Jika difikirkan mmg hidup ni penuh dgn kerunsingan. Tapi kita perlu optimis dgn setiap apa yg kita usahakan bukan? Semoga semua yang membaca mendapat manfaatnya.

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA NAK MATIAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku pohon moga matiku dalam iman. Ada tempat utk dikuburkan, ada org yang akan solatkan dan ada mereka yg sentiasa mendoakan..

Wallahu a’lam

Sunday, September 17, 2006

Tips Mudah Untuk Amalan Seharian

Assalamualaikum, rasanya dah lali dah kan orang dgn motivasi dari motivator tersohor kita Fadhilah Kamsah nih. Walaubagaimanapun, saya bukan nak memandai2… Ilmu yang diulang byk2 kali nih kan, ada baiknya tau. Biar betul2 lekat di hati. Zaman skang nih kita kene kejar2 buat benda baik dan tinggalkan benda jahat maklum aa… tanda2 berlakunya Akhirat dah semakin jelas… Elo??? Talak takut ka???

· Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah lipat Gandakan rezeki. Ye lah, buat pe penat2 ingat salah orang?? Macam la kita tak buat salah kat orang. Dalam al-Quran pun byk menekankan kita supaya memaafkan orang kan? COP!!! Kalau saya salah cakap bgtau no…saye kan budak baru belajo..

· Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. ~ pada sayalah kan, tak kira la time mana pun, teringat je nak berdoa, doalah dan optimis la yang ALLAH akan terima doa kita. Kerana doa kita akan mudah sampai sbb kita taktau pun masa mana pintu langit terbuka dan doa kita di bawa ke atas. Satu lagi nak bgtau, nih ustaz saya zaman saya sekolah menengah ada berpesan, kalau nak mintak pertolongan ALLAH tu time baca alFatihah tu, time ayat “Iyya ka…sambung sendrik”, doa betul2 pada ALLAH..tau kan makna ayat tuh? Hanya kepada Nya kami sembah dan kepadaNya kami memohon pertolongan. Lagipun sape lah yang lebih layak dari ALLAH dalam membantu kita mencapai hajat di hati???

· Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Yang pernah saya dengar makan berulamkan air nih taka wet muda, meaning kalau kita makan berulam minum air, nanti cepat tua la. Karang umur muda, body dah season.. maintain man…!!dah ada petua nih ikut la. Lagi satu kalau makan tapi takde manfaat baik tak payah makan kan? So, usahakanla makan buah2 an tu time yang sesuai supaya jadik manfaat pada tubuh badan..

· Minum air selepas 15-30 minit selepas makan ~ Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama. Ayat nih saya tak tau la betul ke tak sebab saya tak belajo pasal nih. Tapi macam la pernah dengar elok kalau lewatkan sikit minum tuh. Tapi kan, macam ne ek? Saya dah jadik tabiat pulak lewat minum air lepas makan sampai ade masa tuh tak ingat nak minum nih… Ni tak elok jugak sbb dalam sehari kan kita kene minum at least 8 gelas air kan???

· Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam). Ada betul nya jugakkan ayat2 nih? Zaman saya kat UKM dulu, kengkawan ajak makan sebelum Maghrib sbb lepas je isya byk kerja nak kene pulun buat. Kalau dah kelaparan sangat baru la cari makan malam sekali lagi malam tu tapi biasanya jarang la sbb bekal dalam bilik bukan takde. Mm…rindunya nak kongsi talam macam dulu2…

· Tatacara di bilik air, Selepas buang air kecil, ~ berdehem 3x (teran sikit) boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar. Aha.. untuk mengelakkan penyakit, eloklah kita amalkan benda nih. Nih untuk mengelakkan penyakit nih. Bukan untuk orang lain tau. Dah tu ikut sunnah, bila ikut sunnah kan dapat pahala. Kan cun tuh, sambil2 u’uk, sesambil kaut pahala?? Nikmat kan hidup dalam Islam??

· Tatacara didik anak, Antara tips untuk dpt anak ~ bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant. Mm.. untuk kebaikan anak2 ada baiknya kalau kita ikut kan cara ni kan? Bila baik untuk anak2, baik jugak untuk kita. Saya sendri takut nak pilih kaler oren utk anak. Takut aaa nanti dia loncat tinggi bumbung pulak. He he..terbayang di mata umi hero umi meloncat tinggi tapi guna sebelah kaki aje. Tak berani lagi nak loncat dgn dua belah kaki kot.

· Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa2 yg baik ~ (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Bukan senang juga nak buat sesuatu tuh sehingga menjadi tabiat. Memang payah tapi kalau nak ikut cara nih saya cadangkan buat kertas ala2 final countdown. Dah buat satu2 amalan yang kita nak jadikan tabiat, tanda satu…sampai la 30 kali. Manalah tau lekat dgn tabiat baik.

· Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg-ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc. betulla kalau layan sangat sakit hati jadik kerut abih kening2 kita nih. Kalau org tu cun pun, tak nampak cun dah. Biar la muka tak lawa tapi kalau muka kita tenang insya ALLAH rezeki pun tak lari jauh.

Benar tidak mudah untuk menjadi baik tapi bila kita istiqamah dalam amalan maka semua akan menjadi mudah. Seperti jugak org yang pertama hari jadik buruh, mestilah terasa payahnya mengangkat batu, tapi kalau dah tiap2 hari buat, fuiiyyyooo badan dia tough siuttt…..he he…so, selamat…………………………!!!

Sunday, September 10, 2006

Cara Betul Jaga Mata

Assalamualaikum,

Ha…Tajuk kali ni baru ada kene mengena dgn keje saya kan? Saje je nak bagi sedikit panduan ringkas berkenaan mata nih. Actually mungkin ramai yang dah tahu ttg ni tapi takpela..untuk panduan pada yang tak tau. Mana tau selepas ni dapatlah kita membuang tabiat menggenyeh mata kan?

Persekitaran sekarang ni tak sihat sebenarnya untuk mata kita dan ada baiknya agaknya kalau kita pakai google tapi karang org lain tgk kita mcm tgk katak berjalan la pulak kan? Kalau kita perhatikan betul2 nikmat ALLAH yang satu ni, kita patut bersyukur sbb cuba try tak payah la satu hari cuma amik satu jam untuk patch sebelah mata dan buat keje lazim. Tau lah kita betapa payah tanpa nikmat yang satu ni even kalau kita kehilangan sebelah mata aje.

Jadi, perhatikanla perkara di bawah supaya kita tak membahayakan Mata kita yang cantik ni…

  • Bila ada sesuatu memasuki mata, jangan hentam gosok mata untuk keluarkan bendasing tu. Cara yang betul adalah kelip mata dalam air yang sejuk. Jgn la pulak terguna air panas ek karang tak pepasal aje…
  • Jangan genyeh kulit bawah mata sbb bahagian ni sangat lembut dan mudah tercedera. So, nnt kalau luka macam mana? Kalau luka, potensi untuk kuman merebak di bahagian berkenaan sangat tinggi jadi elakkan la dari mencederakan mata sendiri
  • Perasan tak lagi kita genyeh mata lagi gatal mata kita rasa. Sebenarnya kalau mata kita gatal biasanya disebablan oleh kekurangan air mata ataupun alahan. Kurang air mata ni kadang sebab kita jarang berkelip. Asyik sangat mengadap computer, kita tak berkelip sama gak dgn tgk TV, atau lain2 kerja menumpu. Alahan pulak mcm org resdung kan, kalau alergi dgn makanan laut aduila bukan main lagik gatalnya tu… so, jgn gosok mata dgn jari atau tisu kering tapi gunakan kain yang sesuai yang telah dibasahkan dgn air hangat dan tuam atas kelopak mata yang tertutup
  • Elakkan dari menggunakan terlalu banyak ubat titis mata nnt kita jadi terlalu bergantung pada benda mcm tu. Seeloknya dapatkan nasihat doctor sblm mengambil apa2 dos untuk mata.
  • Mata akan terasa penat dan tegang kalau terlalu lama buat kerja menumpu, atau sbb spek tak cukup power, pencemaran persekitaran. Tanda2 nya adalah kita sukar utk focus pada satu2 objek. So, seeloknya kita amik masa 10 minit ke, dok dlm bilik gelap dan amik kepingan timun dan letak atas kelopak mata yang ditutup dan rehat. Sambil2 boleh rehat otak kan? Kalau tertidur laaaagi best

Benda yang saya bgtau ni benda basic je yang selalu saya sebut pada customer esp pd yg bekerja sbb biasanya org2 mcm ni letih di tpt keje. Kadang tu power takde pun tapi mata merah, kelabu macam2 lagi la. Kalau ada problem, boleh la pada optometris ye…ok tu aje….babai…..

Salam



Saturday, September 09, 2006

Mengislamkan Melayu

Assalamualaikum semua,

Dah lama kan saya tenggelam. Mcm2 berlaku dalam tempoh tu. Saya pergi KL tapi bukan dgn suami. Pergi dgn adik ipar, minta dia temankan naik bas. Urusannya hari Rabu tapi saya hanya boleh balik ke pantai timur nih hari Jumaat pagi. Hari Rabu orait lagik. Hari Khamis tuh saya dah start nangis mcm budak kecik pulak. Rindu kat anak2…… Kalau bukan atas urusan masa depan nih, takdenya saya sampai ke KL tanpa diorg.

Alkisahnya, pakcik saya tukang masak atau yg lebih comel disebut chef kot sbb kat hotel. Dia kerja di hotel Federal kat KL la jugak. Tak ingat la hari apa tapi rasa semalam dua sebelum merdeka tuh, makcik kata kat hotel pakcik tuh ada perjumpaan paderi2 seMalaysia dan Lina Joy pun ada sekali. Katanya, Lina Joy nak jadi rahib. Tapi sejauh mana cerita nih saya tak pasti dan kalau ada sesiapa yg lain boleh bg kepastian silakanla…Saya takut jugak tergolong dalam golongan org yang mengada2kan cerita tapi saya rasa takkan la pulak pakcik saya menipu kan?

Makcik saya tu pulak adalah jururawat line ungu iaitu bidan… Dia pulak bawak cerita kata siang hari tadinya ada budak muda sangat lagi datang sama satu org Indon. Yang org kita ni nak cek perut. Bila tanya pasal bapak pada budak yg dia kandung, ada ke dia jawab “saya pun tak tau la kak”. Masya ALLAH apa la nak jadi dgn org zaman skang ni sampai hilang iman tahap mcm ni sekali.

Jika diukur dan baca balik hadis2 Nabi, nampak sangat kita ni dah dekat dgn kejadian Akhirat. Dosa dah la menambun pastu pahala liat lak nak buat. Nak insaf? Aduhai, ntah berapa kali setahun kita bertaubat. Takutnya!!!!

Hmm…kat sini saya lampirkan perbualan saya dengan Kasturi Sellvadurai, seorang adik manis yang telah mengenali Islam lebih baik dari kita sebagai org Islam dari lahir. Bukan Ain ni aje yang saya jumpa menemui hidayah ALLAH ni, ada sorang lagi dan saya rasa rendah diri betul dgn mereka ni. Jiwa mereka lebih baik dari saya yang lahir sebagai Islam…apa2 pun ambillah yang baik dan campak jejauh mana yang tak patut…

stoneain_bk: assalamualaikum
siti sifir: alaikumussalam
stoneain_bk: saya kasturi
stoneain_bk: yg minta mp3 nasyid tu
siti sifir: oo
siti sifir: jap
siti sifir: ada customer
stoneain_bk has signed back in. (8/22/2006 3:32 PM)

siti sifir: ok
siti sifir: saye nak panggil apa ye?
Kasturi Sellvadurai: ain
siti sifir: ain tiggal kat mana ye?
Kasturi Sellvadurai: klang
siti sifir: ic
siti sifir: umur?
Kasturi Sellvadurai: 23
siti sifir: oo.adik lah dgn saya
siti sifir: bila kembali kepada Islam?
Kasturi Sellvadurai: masa sekolah lagik
Kasturi Sellvadurai: masa tingkatan 4
siti sifir: ic
siti sifir: family yg lain?
siti sifir: maaf lah
siti sifir: ain ada hak utk tak jawab
siti sifir: tapi saya suka dgr cerita2 mcm ni
Kasturi Sellvadurai: family masih non muslim lagik
siti sifir: ic
siti sifir: penerimaan diorg?
Kasturi Sellvadurai: sbnrnye
Kasturi Sellvadurai: awal tahn ni baru saya bagitau yg saya dah masuk islam
Kasturi Sellvadurai: masa tu diorang keras2 tak izinkan
Kasturi Sellvadurai: tapi saya berkeras
siti sifir: oo..selama ni ain sorok ke?
Kasturi Sellvadurai: yer
Kasturi Sellvadurai: ain lepas spm gi smbg kat JB
siti sifir: mcm ne dgn ibadah seharian?
siti sifir: kalau depan family maksud akak?
Kasturi Sellvadurai: sblm bgtau kat family
Kasturi Sellvadurai: saya tak solat sgat
Kasturi Sellvadurai: kadang2 jer
Kasturi Sellvadurai: tp sekarang ni
Kasturi Sellvadurai: alhamdulillah dapat solat
siti sifir: mm...mcm tu
siti sifir: alhamdulillah
siti sifir: sekurang2nya kita dah ada dalam Islam
siti sifir: pendapat ain ttg Islam?
Kasturi Sellvadurai: islam is complete
Kasturi Sellvadurai: ade arah tujuan
Kasturi Sellvadurai: maksudnya
Kasturi Sellvadurai: masa hidup kita tau nak buat ape
Kasturi Sellvadurai: dan utk mati kita tau nak kumpul ape
Kasturi Sellvadurai: bukti yg terdapat dlm alquran pun lebih dr cukup utk membuktikan ttg keesaan ALLAH
siti sifir: mmm...
siti sifir: beza dgn agama asal?
Kasturi Sellvadurai: sgt berbeza
Kasturi Sellvadurai: saya tak pernah sembahyang sepenuh hari
Kasturi Sellvadurai: macak tak kene jer berdoa pd patung
siti sifir: cara mana ain dapat hidayah?
Kasturi Sellvadurai: byk peristiwa
Kasturi Sellvadurai: cthnya
Kasturi Sellvadurai: masa kecil2 dulu, kadang2 tv terbuka masa ade tilawah alquran
Kasturi Sellvadurai: n ain pernah terfikir yg "aku akan jadi macam ni kot bila dah besar nanti"
Kasturi Sellvadurai: lepas tu masa drjh 6
Kasturi Sellvadurai: cikgu suka bercerita pasal nabi2
Kasturi Sellvadurai: cerita yg paling saya ingat ialah cerita nabi nuh
Kasturi Sellvadurai: n yg paling last
siti sifir: mm...byk pahala cikgu ain tu...
Kasturi Sellvadurai: masa tu tingkatan 1
Kasturi Sellvadurai: ade sorang ustazah yg ajar ain BM
Kasturi Sellvadurai: dia ni sgt adil
Kasturi Sellvadurai: ain mmg tertarik dgn akhlak dia
Kasturi Sellvadurai: dan yang bantu ain nak masuk islam ialah
Kasturi Sellvadurai: cikgu prinsip akaun
Kasturi Sellvadurai: masa tingkatan 4
Kasturi Sellvadurai: dia dah meninggal
siti sifir: innalillah
Kasturi Sellvadurai: alhamdulillah
Kasturi Sellvadurai: ramai yang mambantu
Kasturi Sellvadurai: tp yg paling penting skali ialah hidayah ALLAH
Kasturi Sellvadurai: ALLAH boleh membiarkan ain dlm keadaan kafir
siti sifir: mm...betul tu...tanpa hidayah, org lain usaha setinggi gunung pun mungkin tak terjadi takdir harini kan?
Kasturi Sellvadurai: ain teramat bersyukur
Kasturi Sellvadurai: betul akak
siti sifir: mm....alhamdulillah
siti sifir: sekarang kerja ke atau masih belajar?
Kasturi Sellvadurai: kerje
siti sifir: ain, boleh akak copy paste perbualan kita hari ni utk org baca?
siti sifir: akak baru terfikir
siti sifir: masa tya2 tadi akak teringin sangat nak tau
siti sifir: tapi kalau ain tak selesa takpe
Kasturi Sellvadurai: boleh
siti sifir: oo..alhamdulillah
siti sifir: bukan non muslim je perlu kenal Islam
siti sifir: muslim sendiri
siti sifir: ramai yang lupa nikmat yg dia ada harini adalah dari ALLAH
Kasturi Sellvadurai: betul
Kasturi Sellvadurai: masa ain bgtau kat family ttg ain masuk islam
siti sifir: he he
siti sifir: akak ade baca
siti sifir: diorg kata org islam pun keluar islam
siti sifir: kan?
Kasturi Sellvadurai: tekanan yg ain hadapi sgt hebat
siti sifir: nih org bukan islam terbalik pulak
siti sifir: sabar ain
Kasturi Sellvadurai: yer
siti sifir: setiap kesabaran tuh ada hikmahnya
Kasturi Sellvadurai: masa tu ain pernah terfikir
Kasturi Sellvadurai: ain dah buat silap ker
Kasturi Sellvadurai: dan ain terfikir
Kasturi Sellvadurai: kenapa ALLAH jadikan ain islam dr lahir
Kasturi Sellvadurai: n lepas tu
Kasturi Sellvadurai: ain terfikir kembali
Kasturi Sellvadurai: kalau jadi islam dr lahir pun, tak semestinya kita akan mengamalkan islam yg sebnrnya
Kasturi Sellvadurai: jadi ain amat bersyukur
Kasturi Sellvadurai: kerana dpt menjadi islam yg mengamalkan islam
siti sifir: alhamdulillah
siti sifir: dah lama sbnrnya nak bercakap dgn ain
siti sifir: benda2 yg kita sembang ni kadang2 menaikkan semangat akak sendiri
Kasturi Sellvadurai: insyallah
Kasturi Sellvadurai: sbnrnya kita kena cari ALLAH kalau nak hidayah
siti sifir: mm..hidayah tak dtg sendiri kan?
siti sifir: kita perlu cari
Kasturi Sellvadurai: betul
siti sifir: ain, kita sambung nnt ye..ttg MP3 tu, bila akak selesai buat copy akak bgtau ek...
siti sifir: nice to know u
Kasturi Sellvadurai: ok
Kasturi Sellvadurai: terima kasih

Wednesday, September 06, 2006

Menasihati Pada Waktu yang Sesuai


Untuk mendapat kesan yang optimum di dalam mendidik anak-anak, pilihlah masa yang sesuai dan tepat untuk berkomunikasi dan menasihati mereka.

Masa Untuk Menasihati Anak-Anak

  • Di atas sejadah selepas solat berjemaah bersama
    Saya pernah berjemaah di rumah seorang sahabat saya yang mengamalkan solat jemaah, dan selepas dari solat, bapa nya berpusing dan memberi nasihat pada anak-anak. Ada kesilapan anak2 ditegur secara munasabah dan saya fikir masa ini fikiran anak sangat mudah untuk menerima nasihat…patutla adik beradik dia baik2 aje
    Juga sekarang saya bersama keluarga sebelah suami saya dan kali ni acara nasihat menasihati diambil alih oleh ibu mertua saya. Kami memang tak lari dari mendengar nasihat2 walaupun terkadang saya merasakan nasihat tu dah menghampiri bebelan tapi saya nampak adik beradik suami saya memberi respon yang baik…
  • Sebelum tidur malam kerana waktu itu mereka amat mudah untuk menerima nasihat
    Ala2 teknik org Jepun kan utk melatih otak kanan anak berfungsi lebih baik adalah berbicara semasa tidur2 ayam kan? Mungkin betul adalah saat yang baik utk menasihati anak, bgtau dia esok kita mahukan dia menjadi lebih baik dari hari ni…
    Saya berharap saya akan selalu menemani anak2 ke katil tidur sebelum mereka tidur sehingga mereka besar kerana sebelum tidur, masa saya kecik2 dulu saya terfikir mcm2….antaranya la kan, saya nak jadi mak atau bos yang garang yang tak peduli dgn org bawah atau anak2…he he pengaruh tv nih…
  • Sebelum melangkah ke sekolah (nasihat yang ringkas)
    Walaupun anak2 akan terasa bosan tapi takde salahnya kita memberi kata perangsang supaya dia lebih bersemangat lagi utk menimba ilmu. Paling tidak pesan pada anak, “Kakak, nnt balik ajar umi ye kakak belajar apa kat sekolah nanti…”
  • Pada waktu berehat yang santai, berehlah dan berehat selepas riadah
    Saya fikir tak perlu lagi dihuraikan kerana ketika santai2, sekiranya anak2 selesa dgn kita, mereka akan bercerita dan fungsi kita adalah merespon… pada saya memuji akan tindakan baik juga merupakan satu nasihat atau lebih kepada dorongan agar dia akan terus menjadi baik lagi selepas itu
  • Di dalam kenderaan
    He he, time nih anak2 takde pilihan lain selain kene dengar jugak kita menasihat. Takkan nak terjun kereta pulakkan… tapi jgnla dalam keadaan kita marah ke, atau perasaan nak membebel kuat…nanti nasihat dah jadik lain pulak kan
  • Selepas menonton sesuatu rancangan atau cerita di tv dan simpulkan pengajaran yang dapat diambil daripadanya
    Pastikan la kita ajar anak dari kecik lagi jgn tgk cerita2 merapu. Kalau mertua saya, dia hanya tgk berita aje. Suami saya mungkin longgar sikit tapi persamaan antara dia dgn mak dia adalah time iklan ke, atau time ade artis menyanyi ke, dia akan tukar ke channel lain. Lagi satu, ada saya perasan anak2 saudara saya, masa TV tunjuk gambar cium2 ke, anak2 dia pandai tukar channel lain, kalau yang pegang remote buat tatau je, yang lain akan kata “Tukar la, tak baik tengok tu,”.. patutla saya tgk parents diorang tak de sama pun masa tgk TV langgan ASTRO lagik rupanya anak2 dia dah pandai jaga mata.
  • Apabila ibu atau bapa hendak meninggalkan anak untuk jangka masa yang lama
    yang ni penting sbb kita akan meninggalkan mereka dan kita tau masanya agak lama… maka kita patut tinggalkan pesan supaya mereka jaga diri… Teringat sangat ada satu hari tu saya nak tinggalkan anak2 saya semalaman dgn nenek diorg sbb kene gi KL… Dari Jerteh tu, sampai ke Machang baru la berenti nangis sbb sedih sangat first time tinggal diorg. Memang la saya pesan itu ini tapi anak saye kan baru setahun setgh dgn dua thn setgh… Ntahkan dia faham ke tak walaupun bukan main lagi diorg angguk masa saya cakap…
  • Apabila anak sakit/demam
    juga ketika ini, anak2 tak dapat lari dari mendengar kita memberi nasihat. Mereka perlukan kasih sayang kita semasa dalam kesakitan, jadi berdampinglah dgn mereka ketika mereka demam, sakit supaya mereka tak rasa keseorangan dalam menghadapi kesakitan dan bicaralah yang baik2 semoga mereka tahu yang kita sangat lembut kepada mereka… Saya masih ingat masa mak saya kupaskan saya limau masa saya senggugut…Mmmm….Bestnya….
    mmm….kaedah ini, tidak hanya digunapakai oleh golongan mak-mak aje malah abahnya jugak perlu belajar utk menasihati anak secara baik. Biasakan mereka dgn pesanan dan harapan kita. Insya ALLAH mereka akan memahami kasihnya kita kepada mereka

Tuesday, August 22, 2006

Adab Menziarahi Orang Sakit

Assalamualaikum,

Ini hari kita sembang pasal adab menziarahi org sakit pulak. Ziarah nih sunat tau, tak kira la kita ziarah org sakit ke, sihat ke, tua ke, muda ke...janji ziarah mcm saranan baginda Rasulullah SAW:

"Daripada Abu Hurairah RA katanya : bahawa Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang menziarahi org sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLAH TAALA, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga" (Riwayat at-Tirmizi)

Antara adab menziarahi org sakit ialah :
  1. Jgn duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ni boleh mengganggunya - teringat masa suami saya sakit dan dok lama kat spital dulu, kami suka je org dtg ramai2 berduyun2 lagi. Tapi bila time suami nak buang air kecik ke, besar ke..nak solat ke mcm payah sket la sbb ada org kan. Nak kene tutup langsir dulu kan so, kene tunggu org takde..situ je la payahnya pon...
  2. Ketika berada di sisinya sentuhla tangan ke, dahi ke dan tanya la keadaan dia skang nih - Ha, ha...yg sama jantina aje la..Aritu kalau ade yg pompuan yg pegang suami saya mmg nak kene silambam la...he he.. Kelakuan mcm ni menunjukkan kita caring dgn dia dan menyebabkan dia selesa dan tenang.
  3. Doakan moga pesakit cepat sembuh - Manalah tau time tu doa kita maqbul nnt bebila kita sakit, dia pulak akan doakan kita insya ALLAH
  4. Ceritakan ttg kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi supaya pesakit tak resah - Maklum aja, biasanya sahabat2 dahulu diuji lebih dasat...jadi, sabar2la dgn sakit yg dihadapi lagipun mungkin tu penebus dosa kita kan...
  5. Berikanlah nasihat2 yang baik berkenaan kesabaran atau petua atau testimoni yg boleh digunapakai... - manalah tau kata2 kita yg sikit ni adalah salah satu ubat utk mengubati mereka
  6. Jgn la makan makanan pesakit esp yg org bagi kat dia - alamak, dulu masa dok spital sll je saya makan makanan yg org bagi kat suami saya...nih kategori mana ek???
  7. Sunat dibacakan doa ini : "Ya ALLAH, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari MU jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" Riwayat at-Tirmizi

Monday, August 21, 2006

Faktor Penentu Hubungan Seksual

Assalamualaikum,

Wah.. wah siti kali ni tajuk agak advance pulak. Tajuknye aja tau..isinya bagi saya biasa2 aje..mungkin ada yang berfaedah boleh lah ditatap utk dijadikan panduan. Kalau rasa takde pekdah abaikan aje.. bagi sesetgh org perkara nih penting malah jatuh mandatory pulak tapi bagi sesetgh org mcm yang belum kawin mungkin takde guna tapi mungkin boleh jadikan satu ilmu…

Apa yang saya nak timbulkan di sini, adalah bagaimana kita boleh menggunakan faktor2 ini utk mengembangkan lagi erat satu perhubungan di antara suami isteri..tak kira la bini 1st ke, 2nd ke…so on ke…ahaks….

Bagi yang baru2 aje kawin xtvt ni memang masih hot, masih baik tapi, bila sepasang suami isteri tu dah mula ada anak, aha….mcm2 la jadik. Bini mcm kene pam la sbb tak maintain saiz, pastu bini sll menolak la sbb letih layan anak lagi, keje umah lagi, kalau bekerja lagi la letih kan?

So, mcm mana nak elakkan kejemuan terhadap pasangan…? Mungkin factor di bawah boleh diambil kira…

1. Hubungan akrab dengan pasangan (verbal intercourse)
Ambilla masa dalam sehari bersembang2 laki bini tak kira la topic ringan ke, berat ke.. Kita jangan la jadikan orang lain utk kawan sembang n then bini kita hya tpt nak melampiaskan nafsu aje. Mana bini tak marah kan? Melalui sembang2 yang nampak mcm takde fungsi nih, sebenarnya isteri akan merasakandirinya tetap menjadi perhatian suami dan mestilah dia takkan menolak kalau suami dia ajak utk bersama.

2. Hubungan emosional yang akrab dgn pasangan (emotional intercourse)
Bagi kami org perempuan ni, kelihatannya emosi atau perasaan adalah perkara yang teramat penting. So, kalau ade yg menyusut mcm sblm kawin sll kata I lebb u lah, saya sayang kamu lah, takpun sblm kawin panggil dinda kanda tapi lepas kawin aku kau aje… maka menurunlah emosi isteri..

Juga suami, dia suka apa kalau bini puji dia walaupun dia hanya berjaya masak mi segera time bini dia tgh sakit ahaks… even dia beli makan pun puji la dia baik sbb at least kita dapat berehat satu hari tak payah masak.

Cara lain, bila kita dah reti mana yg pasangan kita suka dan tak suka maka buatlah yang sepatutnya utk lebih menjaga perasaan.. yang dapat hasil yg best pun bukan org lain, kita jugak kan…?

3. Hubungan fizikal yang akrab (physical intercourse)
Apa maksud hubungan fizikal? Ala mcm menyentuh, membelai, mencium pasangan. Dengan sentuhan, tubuh kita nih akan mengeluarkan endorphin. Bahan kimia ni akan memberi kesan yang menyenangkan baik bagi yg menyentuh mahupun yang disentuh. Lagipun ni kan cara nak bgtau pasangan betapalah aku menchentai mu sayang.
Ada kajian menunjukkan anak2 ke, binatang dan orang sakit akan menunjukkan perkembangan yang lebih pesat kalau dibelai2. kalau org tak sakit, lagi la baikkan?

4. Hubungan spiritual yang akrab (spiritual intercourse)
Part ni even saya letak kat blkg sekali tapi bg saya skemanya adalah di hadapan sekali.. beribadah bersama2 pasangan dan anak2. dok sama2 solat, baca Quran, buat halaqah dan apa2 lah selain dari mengembangkan minda dgn berfaedah hubungan sesama ahli keluarga akan lebih menjadi… cubalah!!

Begitulah alkisahnya perkara yang perlu dipandang oleh pasangan. Sama2 lah berdoa mudah2an perhubungan kita dalam rahmat ALLAH kerana tanpa rahmatNya, kita bukan siapa2…

salam,
YM : sitisifir10
0199147161
sitisifir10@yahoo.com
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://360.yahoo.com/sitisifir10

Thursday, August 17, 2006

Memohon Restu Kedua Ibu bapa

Assalamualaikum,
Bagi saya adalah sangat2 penting dan wajib bagi seorang anak memohon restu dari kedua ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita. Sekalipun kita merasakan kita tidak sebaik mana dan mungkin juga kita jadi jahat nih sbb diorang yang tak ajar, itu dah kira melampau kerana zaman global dan zaman dunia dihujung jari ni, sebenarnya terlalu byk pengaruh yang menyebabkan anak2 jauh dari ibu bapa.

Bagi anak-anak yang masih kecil dimana kehidupan seharian sangat2 bergantung pada ibu bapa, maka menjadi tanggungjawab kita mendidik anak supaya memohon restu dari kita. Wah… bunyi macam besar diri je kan? Suruh anak hormatkan kita, mintak restu kita.. Tetapi tanpa kita sedari kita dah ajar anak kita ikut lunas2 yang telah ditetapkan di dalam Islam dimana kedudukan seorang ibu atau bapa dia mata anak2 nya.

Bagi anak lelaki yang telah berumah tangga juga ingatlah bahawa isteri anda juga tidak mengatasi ibu anda. Adalah baik jika anda mendapat restu mereka dalam kehidupan anda supaya kita tidak sesal dunia dan akhirat insya ALLAH. Dan mestilah kepatuhan nih berdasarkan syariat ALLAH kan?

Bagi anak perempuan yang dah bersuami, pastilah kedudukan suami adalah yang tertinggi. Tidaklah bermaksud yang kita boleh mengenepikan ibu tapi peranan kita mengajak suami agar sama2 memohon restu mertuanya. Jgn pulak kita share dgn mak ttg keburukan suami sampai mak kita suruh bercerai dgn suami kita.

Anak-anak dalam lingkungan usia berapa pun perlu dididik agar menghormati ibu bapa menurut garis-garis panduan seperti berikut :-

a] Redha Allah SWT ada pada keredhaan Ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu bapa”. [Riwayat At-Tabrani]


Bukan satu dua cerita yang kita baca dan mungkin ada antara kita yang menyaksikan sendiri saat2 kematian seorang anak yang derhaka. Kalau difikir takutnya Ya Tuhan.. Saya sendiri mengalami kerunsingan kalau hidup saya takde restu mak abah saya. Dan saya rasa saya terlalu lewat semenjak mula saya sedar bahawa restu mak abah adalah segalanya buat saya. Kini, saya telah punya suami, dan saya perlu melakukan kedua2 nya serentak.. Ya ALLAH…Bantulah hambaMu ini…

Bayangkan hidup kita nih sangat gilang gemilang dan hati kita tak berasa resah kerana tanpa restu ibu bapa kita masih boleh berjaya, tapi di saat kematian kita…aduh, kantoi!!! Tak rasa rugi ke kejayaan kita hidup kat donia yang fana nih…?? Fikirkanlah…

b] Berbuat baik kepada Ibu bapa lebih utama berbanding Jihad di Jalan Allah.Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi SAW apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala?"Beliau menjawab: "Solat pada waktunya".Saya bertanya lagi: "Kemudian apa?"Beliau menjawab: "Berbuat baik kepada kedua Ibu bapa".Saya bertanya lagi: "Kemudian apa?"Beliau menjawab: "Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.[Riwayat Bukhari & Muslim]Jahamah RA telah mendatangi Nabi SAW seraya berkata : “Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”.Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”.Ia menjawab, “Ya”.Baginda bersabda: “Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.[Riwayat Ahmad & An-Nasaei]

kita hidup di Malaysia nih negara aman damai dan kita punya tentera. Zaman nabi dulu, sangat menggalakkan kita turun berjihad..saya pun tak berani nak kata dan andai hadis ni bukan hadis sahih saya pohon ada pihak yang akan menegur saya. Cumanya apa yang saya mahu katakan di sini, peluang utk anak2 Malaysia ni berbakti pada kedua parents kita terbuka luas…

bagi saya tak apa nya kalau nampak macam buang tabiat bila tetiba je ikut cakap mak bapak dari kita menyesal.. Jangan tunggu esok kerana jangankan esok, saat yang seterusnya ni pun belum pasti milik kita…

c] Mengutamakan berbuat baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik?Baginda bersabda: "Ibumu".Ia bertanya: "Kemudian siapa?"Baginda menjawab: "Ibumu".Ia berkata: "Kemudian siapa?"Baginda menjawab: "Ibumu".Ia bertanya : "Kemudian siapa?"Baginda menjawab: "Ayahmu".[Riwayat Bukhari & Muslim]Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 23-24 :Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibu bapa kamu”. [Riwayat Ibnu Majah]Aishah RA berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa seorang tua".Baginda bertanya kepadanya: "Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini?"Lelaki itu menjawab: "Ayahku".Baginda bersabda: "Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

mm… Manakan tidak. Bukankah mak yang melahirkan kita. Kita menumpang di rahimnya sekian lama dan kita disusukan setelah dilahirkan di dunia. Dia bersusah payah melahirkan kita, mengharung susah payah dan seterusnya membesarkan kita. Tidakkah dia layak lebih dihormati. Bukan mahu memandang rendah sumbangan ayah tapi pengorbanan ibu tiada pernah ada saingannya… mak abah… I lebb u!!!

Wednesday, August 16, 2006

Hubungan Anak Dgn Bapa

Bila kita berbicara tentang hubungan anak dengan bapa nih, selalunya kita membayangkan hubungan yang sejuk aje. Jarang nak jumpa dalam satu keluarga besar tu, ayahnya sangat caring dgn anak. Kekononnya mcm mengasuh2 anak nih keje bonda ngko sorang.

Tapi di sudut hati yang kecil seorang bapa, ade jugak bapak yang terasa hati bila anak tu lebihkan mak dia kan. Betul tak? Jeles ape tgk anak tu baik dgn mak. Kalau anak nangis pun tanak nye dia kalau abah dukung mesti nak mak jugak. Kan kesian kat abah dia. Teringat pulak kat anak saya tambah yang hero tu. Bila nangis sengaja je saya biar dia nangis kat abah dia kecuali kalau saya nampak mcm tak terkawal dah pada tangan abah dia sbb kang naik baran org laki ni hilang pulak caring dia he he…

"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."

Mungkin ibunya pun kene amik peranan sedari anak kecik lagi biarlah anak manja2 dgn abah agar abah diorang tak makan hati berulam jantung pulak. Macam bila anak bangun pagi esp yang kecik tu, terus di bawa pada abah dia. So, pepagi lagi dia dah main dgn anak. Sambil tu, kita yang perempuan ni boleh amik kesempatan untuk buat keje umah kan. Secara indirectnya boleh la kawal abah dia jgn tido lepas tido sampai kita sendrik naik jeles tgk dia tido sdgkan kita sibuk itu ini buat keje umah.

Bagi anak yang dah mencapai umur takleh main agah2 tu, kejut bangun subuh dan buatlah halaqah utk solat dan ngaji bersama waktu pagi. Kat sini, subuh2 lagi kita dah bermesyuarat sekeluarga dan insya ALLAH bila anak kita keluar ke masyarakat, dia pulak akan jadi pembimbing dalam masyarakat.

Saya dah lihat dgn mata sendiri testimoni2 yang sangat berjaya pada bapa, emak dan anak2 bila perkara2 yang saya sebut di atas betul2 dilaksanakan. Macam mana pulak generasi lama? Ye lah, anak2 dah besar mesti dah payah nak mulakan berjemaah kalau tak biasa. Bagi saya biarlah sepayah mana kita nak mula, jgn patah semangat. Selagi nyawa dikandung badan dan selagi Tuhan merahmati kita berdoalah semoga terbuka hati anak2 utk berkawan dgn kita mak bapaknya.

Pendek aje lah ye utk hari ni…lain kali saya sambung pulak…daa….

Tuesday, August 15, 2006

RAHSIA KECANTIKAN YANG SEBENAR

Jadikanlah ini sebahagian dari amalan..

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a

Memang tak disangsikan lagi, bila kita berwudhu dan insya ALLAH bila dihayati ibadat kita ni, memang wajah kita akan segar dan org nampak pun bercahaya. Pelikkan padahalnya kita tak letak pun lampu ke lilin ke atau tepek kertas fluorescent kat muka pun kan? Alahai, alangkah bahagianya jika kita mcm tu dan org2 yang kita pandang pun mcm tu. Kengkawan mesti pernah dengar kan cerita ulama dgn pramugari tu? Ala yg pramugari tu tegur sorang ulama bila dia basuh kaki masa amik wudhu tu. Ok lah saye cilok cerita tu sket kalau tak nanti tak semua faham maksud saya. Bila je ditegur ulama nih pun tanyala si pramugari berapa kali dia basuh muka sehari. Pramugari tu kate 2-3 kali. Pastu ulama tu jawab kata dia basuh kaki dia at least 5 kali sehari maksudnya kaki dia lagi bersih dari pramugari tuh. Tapi mmg la secara logiknya kan, bila kita cuci muka kerap2 bersihla jadiknya kan. Kalau nak naik jerawat pun jerawat kata kensel aa muka dia nih asyik cuci aje….ke ke…

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Dah berkali-kali kita baca tentang kelebihannya pergerakan-pergerakan ketika kita menunaikan solat. Tambah pulak bila kita solat berjemaah, selain dapat pahala, kita juga boleh meneutralkan cas2 yang terlebih ke terkurang dalam badan kita dlm proses peneutralan semasa kita solat beramai2 tuh. Bukan taknak kasi orang bersukan tapi pada saya la banyak sangat pantang larang bila kita nak bersukan kat luar. Aurat nak kene jaga. Pastu pergerakan esp yang perempuan kalau over kan tutup pun nampak sensored abis…tak larat sampai mak cik nak nengok. Dengan solat, pahala pun dapat faedah pun ada. So, cukup2 kan lah solat kita nih supaya tenang di hati dan lega di badan ek…..

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

ehe..tak comel ke atau ilang macho ke kalau senyum? Jangan runsing la kalau kita rasa kita tak lawa mana. Kalau kita senyum semua orang akan senang dengan kita dan insya ALLAH hidup kita akan lebih senang dan tenang

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Apa dia kalimat2 ALLAH? Ramai yang macam tertanya-tanya nak kene ngaji ke? Camne lak aku nak ngaji kalau setakat hafal surah al Fatihah aje. Ntah la, bila takde buat mende mcm naik bas ke, tgh bawak kete sesorang la sebagai contohnya, takde ruginya kalau kita berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..tak pun gini, asmaul Husna tu kan…kita fotostat satu copy arini baca arRahman, esok ar Rahim, bila dah cukup 99 hari kita dah pun berzikir nama2 ALLAH…dan bila 3 kali baca asmaul Husna dah nak abis setahun kan…pasal kuantiti toksah runsing la biar ALLAH aje yang tahu sbb perkara yang penting nya adalah kita berzikir.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Tambah pulak kalau kita on diet kan. Elok lah guna cara berpuasa di samping kita bermuhasabah mengenang untungnya kita kat Malaysia ni even kurang gula di pasaran he he, kita masih cukup makan kan? Siannya kat orang yang kelaparan..Uhuk!!!

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

bukan maksud mengembang tu nak membesarkan body kan, nih nak kasi kita menonjol gitu… ingat lagi masa form 1 kat sekolah saye dulu, wajib kene bagi salam kat senior. Maklum la junior tapi no hal la bila kenang2, dah la dapat pahala tapi kita juga akan menghormati dan akan dihormati juga… sayangnya budaya bagi salam nih kat kalangan junior jek…nape ek aku sendrik tak bagi salam pada senior seelok2 nya naik form 2…ihh…payah nak jawab beb maklum la dah masuk korum senior..ke ke… tapi kalau macam orang yang keje dalam kilang ke, atau pejabat dia besar dan selalu lalu lalang kan, sebarkan lah salam dan time makan tu terkena dok semeja dgn org yg tak kenal, tegur2 la supaya kite jadik glamer.. he he.. glamer ni rezeki tau..tak caya? Cuba lah dulu dan anda akan faham apa itu rezeki yang saya maksudkan…..

Sunday, August 13, 2006

Cara Mudah Tangani Rambut Beruban

Assalamualaikum,

Terkenang dolu2 zaman kekanak, kita lah yang jadi mangsa mencabut uban pak2 dgn mak2 menakan.. Letih sampai sakit belakang tapi upah sehelai seposen ke, sehelai 5 sen sangat la memadai. Agaknya mcm tu lah kan kalau kita buat amal kebajikan. Kalau nampak pahala jatuh ke riba mesti kita antara org yg tak berlengah utk kejar pahala kan?

Dalam sehari sebenarnya jumlah normal yang gugur adalah dalam lingkungan 50-100 helai. So, kalau lebih dari tu kene la amik peduli takut ada penyakit lain kan. Tapi kalau still dalam lingkungan tu, takpe la sbb nama pun normal. Ada sekali saya teringat zaman saya sekolah menengah, ada budak cedok lauk kat dewan makan dia berkenan kat kawan sekelas saya siap bagi surat lagi. Dalam surat tu ada kata yang rambut dia sehari gugur sampai 20 helai gitu sbb cinta dia ditolak. Ek ele, kawan saya kata rambut aku lebih lagi tak heran pon. Konon2, dia ingat boleh ke ugut kawan saya terima cinta dia hanya kerana keguguran rambut…tektik, tektik…

Mcm biasa kita dengar, kalau nak menyelesaikan masalah, kenalah cari punca masalah dulu kan? So, mai kita amik tau apa punca rambut beruban ye…

Pengambilan gizi tak seimbang – memang kalau kita tak cukup zat ke, terlebih zat ke, mmglah ada kesan sampingannya. Tapi zaman org kejar masa ni, mcm nil ah. So, sendiri mau ingat la sbb kebanyakan penyakit mmg berasal dari makanan yang kita makan.

  • Tekanan – macam mana cara kita menanganinya. Itu terpulang pada individu. Ada yang selesai atas tikar sembahyang. Ada yang tak selesai-selesai.. yang ni hujahan dia sangat panjang memandangkan tekanan ada pelbagai jenis dan pelbagai pula cara utk mengatasinya.
  • Rambut tak dibilas dgn sempurna selepas syampu – tak kira lah syampu ke, atau produk yang terkena je kulit kepala akan mendatangkan pelbagai kemungkinan. So, masa membilas tu, basuhlah dgn bersih dan sampai hilang lah buih ke, atau rasa berlendir ke sbb kalau ini tak dipastikan, nanti pori2 pada kulit kepala tak tersumbat
  • Air hujan – dunia kita skang dah byk jenis pencemaran. Bila hujan, udara kotor dan radikal bebas yang beracun akan larut dalam air hujan sangat tak elok kalau terkena kulit kepala. So, kat sini, kan bagus kalau kita pakai tudung. At least la kan, kulit kepala kita terlindung di samping aurat kita terjaga.
  • Penggunaan syampu yang tak sesuai – selagi tak jumpa yang sesuai, mungkin kita terpaksa bertukar-tukar selera supaya dapat syampu terbaik utk rambut kita. Terfikir tak kalau rambut kita bermasalah, then kita guna syampu baby punya. Adakah memadai sbb pH dia sesuai ke utk rambut org yg bermasalah? Sbbnya, syampu baby tak bekerja secara maximum pada org yg dewasa, tambah pulak pada yang bermasalah.
  • Merokok – Kwang..Kwang.. Takyah la ulas byk sbb perokok sendiri lebih arif dgn keburukan merokok tapi degil betul kan kalau nak buang tabiat tu. Tak macho la.. Malu kat kawan la.. Tak kira la, bagi saya saat paling macho seorang lelaki merokok adalah saat dia declare dia dah berenti merokok. Elo brader, byk jimat tu, baik abis duit beli syampu kat anak bini…He he..

Ha…satu lagi tak ingat nak cakap. Takpe je kalau cabut uban tapi kene ingat sbb kalau kerap2 cabut uban, masa kita tarik rambut keluar dari akar dia tu, tak kira la rambut putih ke hitam ke, mungkin berlaku kerosakan folikel rambut sehingga arah rambut baru yang tumbuh tak sama dgn yg lama lagi. Jadi, pertumbuhan ni akan menyebabkan keadaan rambut lebih teruk sampai menyebabkan uban yang ada lebih jelas kelihatan.

Alkisahnya rakan2, ini aja kot yang saya dapat kongsi utk kali ni.. banyak2 cakap nnt org jemu.. ckp sikit2 dah jadi pelik bagi org yg byk bercakap mcm saye..he he..well, utk mereka yang baru berkenalan dgn saya, saya ucapkan semoga persahabatan ini menjadi bukti bahawa kita memanfaatkan alam siber sebaiknya tanpa ada unsur yang merosakkan mudah-mudahan.

Wednesday, August 02, 2006

Membina Keyakinan Remaja

Pada saya lah kan, remaja nih asalnya sekali adalah zaman dia budak lagi, namun manalah tau, cara2 di bawah masih boleh dibantu untuk menaikkan keyakinan diri mereka...Bantulah mereka kerana mereka inilah generasi pewaris....

  • Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri- kalau payah nak fikir sendiri, tanyalah pada org yg dekat mcm keluarga atau sahabat.. Mereka akan membantu kita dalam meningkatkan prestasi adik2.. Manakan tidak, kalau adik2 berjaya, mereka akan mendapat tempiasnya... Contoh la kan, kalau tempias sirap, ish, kalau dapat rasa sikit sedap tuh....
  • Memilih idola untuk dijadikan contoh - carila satu model untuk dikagumi.. model tu biarlah yang betul2 boleh dijadikan contoh jgn cari yang pelik2... Kang kita balik yang pening nak dicontohi..nak bagi contoh takleh la...kalau saya kata jgn jadi mcm Bush lah contoh, ade plak mata yang nampak Bush tu baik dari segi lain...so, ambillah yg jernih, buang jauh2 yang keruh ek...
  • Bergaul dengan orang yang boleh memberikan semangat - mcm semalam, suami kite la kan, kawan dia sorang tu ade ke patut kata, toksah la sibuk2 cari duit, setakat nih takde lagi org bwh umur 35 tahun yang boleh kaya.. Sabar aje la, kalau lah suami kite jenis yang mengiakan kata org kan dah jatuh semangat. Macam tu lah jugak remaja, mak bapak jgnlah gi sebut gitu gini yang boleh membutakan anak dari jalan usaha mereka
  • Belajar bersabar dengan kesusahan - Ini mestilah adik2.. Perkara yang susah bila kita memenanginya maka kemenangan dan keberhasilan akan lebih manis.. Mcm dalam surah Al-Insyirah : 5-6 " Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan"...kan ulang dua kali tu.. Takkan kita tak caye Firman ALLAH.... Percayalah, dan jgn putus asa
  • Beritahu seseorg mcm sahabat atau ibu bapa yang kita berjanji akan mencapai cita2 kita sampai dapat - so, incase kita tersasar haluan, mereka ini akan mengingatkan..kita pun akan segan kalau matlamat kita tak tercapai sbb kita tak berusaha sedaya upaya. Lagipun, kata nabi, org munafik lah kalau kita tak menepati janji
  • Jika mendapat kesukaran di tengah jalan, berilah semangat kepada diri supaya berusaha lagi hingga berjaya - Akan datang masanya kita akan diuji adik2.. jadi, berusahalah dgn gigih dan jgn memandang kepada kesukaran sahaja.. Bayangkan jika di zaman dulu Rasulullah berhenti berdakwah maklum sahaja yang menentang bukan sedikit, pastilah kita di hari ini tak dapat merasa manisnya iman....kan?
  • Bersyukurlah dengan kejayaan dan jangan sombong diri setelah berjaya - sbb nya nih kan sifat mazmumah dan setiap amalan kita akan ada balasannya...tak gitu? mcm ne tgh2 berjaya, kita menyombong pastu tetiba Tuhan tarik balik kejayaan kita?adei la kan... Makanya, beringatlah sebelum kena..apa yang kita miliki di dunia hanyalah pinjaman sementara sahaja..
  • Jika ada tanda2 gagal, ingatlah itu hanyalah ujian ALLAH dan kita perlu berusaha lebih kuat lagi - Muhasabahlah diri mencari sebab2 kegagalan dan di situ kita akan berjumpa dgn jln penyelesaiannya...

Monday, July 31, 2006

Ibu perlu kreatif sedia makanan anak

Pernah tak kita jumpa dgn masa2 di mana anak2 tak nak makan, tak pun dok pulun makanan yang sama je kan...sabar je la kan sbb ye lah bayangkan anak tanak makan..punya lah runsing Tuhan je la yang tahu..

Ok, kekadang bla kita perati anak dok pulun makanan yang sama je tiap kali, he he actually kita takde pilihan sbb dari dia tak makan, better lah dia pulun yang mana dia suka kan cuma ibu tuh mungkin boleh tambah kreativiti sbb boleh renovate sikit2 sbg cth bubur --> cuba campurkan daging semalam, ikan arini, ayam lusa, lobak, bayam dll...in case mcm anak tak suka sayur ke apa ke...tambah la makanan tambahan dlm btk sirap vitamin...

Anak2 ni kadang tuh kita takleh paksa dia makan dan jgn campur benda yang dia tak suka dalam benda yg dia tak suka...ini utk mengelakkan dia daripada tak suka kesemuanya..he he fahamkan? kita takleh paksa tapi kan lepas seminggu pujuk balik dia makan benda berkhasiat yang dia tak suka tu..

sebenarnya kecenderungan dia pada sesuatu jenis makanan adalah biasa dan biasanya tak lebih dua minggu pun kesukaan dia tu...so, dalam tempoh tu, kenalkan lah pada anak2 makanan lain..Bila anak kita dah besar sikit kan, n dia pun dah belajar2 nak pegang sendiri, mungkin masa tu, dia suka makan dgn suap sendiri..so, bagi la dia makanan yang mudah dia pegang...biasanya dalam tempoh ni dia dah ada gigi dan nakkan sesuatu utk menggigit..

Adakalanya dia macam gigit2 je, pastu ludah buang..takpe...lama2 dia akan suka bila dia rasi dgn rasanya.. dan kita kene ada disisi masa anak makan utk pastikan dia tak tercekik ke apa ke kan...lagi satu jgn pulak kita bagi dia makanan yang byk manisan ke, byk lemak ke....nnt debab lak sape yang tak larat nak dukung???

5 fakta pemakanan anak :
  • Jika anak besar, jgn runsing --> mungkin faktor genetik tu...tapi jgn bagi dia makanan terlebih kalori
  • kajian menunjukkan bubur ikan bilis dgn sikit sayur sgt baik utk anak sbb ade 3x protein, 9x kalsium dan 25x zat besi
  • makanan kedua penting utk pembesaran anak adalah protein, sbb anak kita kan makan sikit so, dia perlu makan byk vitamin n mineral yg bermutu tinggi
  • semakin besar anak, makin besar jugak keperluan zat besi, kalau tak anak kita akan ketinggalan dalam byk segi
  • selera atau pemakanan anak2 mengikut apa yg parents dia sediakan..kalau kita tak kreatif, dia pun naik jemu jugak nak makan....

oklah, tu je kot...he he.....selamat menjamu mulut anak2 masing2

salam,
YM : sitisifir10
sitisifir10@yahoo.com
0199147161
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://pg.photos.yahoo.com/ph/sitisifir10/album?.dir=/a59escd

Wednesday, July 26, 2006

Berdialog

Assalamualaikum,
kalau saya tanya sape kat sini yang tak suka sembang? Saye kalau tak sembang sehari mau senget mulut tau. Jika kita suka sembang dgn kengkawan kan, apa kata kita jadikan kebiasaan yang sama tapi dgn anak2 kita....yang nih kira pelaburan masa depan jugak kan??
Berdialog

Ibu bapa hendaklah mempunyai masa dan mencari peluang untuk bersembang dengan anak-anak. Biarlah kadang-kadang tu cerita dia lebih koman dari cerita katun, dengarkan aje dan kita mestila jangan memotong cakap dia supaya nantinya dia tak potong bila kita bercakap pulak kan…sbb apa yg kita ajar tu lah jugak yang jadik hasilnya…well, bukan takde yang tertanya2 anak aku dah beso panjang..sblm2 nih tak penah2nye kite nak sembang dgn diorg… Tetiba kalau kita sembang memang nampak macam buang tabiat gitu…tapi apa salahnya kan kita buang tabiat yang nampaknya buruk sebelum2 nih sebelum hari tua kita nnt kita tak kempunan sbb takde member nak buat sembang….

Kepentingan Ibu Bapa Berdialog Bersama Anak-Anak

  • Anak-anak ada hak untuk memberi pendapat atau pandangan di dalam sesuatu hal - mestilah ada hak sbb mak bapak bukan sentiasa betul dan mereka berhak untuk menegur.. mana la tau pendapat mereka nanti boleh diterima pakai dan ini akan menjana minda anak2 bila diorang perati eh parents aku ikut aa pendapat aku… Mereka akan tampil sebagai orang yang sangat berwibawa dalam masyarakat…ehem…nanti sape yang bangga? KITA jugak kan???
  • Anak-anak boleh bertanya apa-apa yang mereka musykilkan - mestilah boleh bertanya beb… Supaya anak2 kita jadik cepat pandai. Kalau kita sekat kemahuan diorang mencari maklumat, adei amatlah bahaya kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi orang yang tenggelam dalam masyarakat.
  • Anak-anak boleh menjawab apa yang ditanya oleh ibu bapa jika diminta menjawab - dah kita tanya, kalau tak jawab kesian le plak..kalau tanak diorang jawab toksah le pepenat bertanya. Anak2 yang kecik tu pun tanya lah diorang apa2 soalan walaupun diorg jawab balik dlm bahasa asal sinchan pon kan…ahaks..teringat anak caye..ntah hape tiap2 hari bebel..saya cakap ni dia kata gitu…kadang tuh sampai last2 saye plak pening ape sebenarnya yg dia tanya n apa plak yang dia jawab..tapi…belasah aje la kan
  • Anak-anak boleh menyuarakan hasrat atau kehendaknya - apa salahnya kalau kita dengar apa yang anak2 perlukan apatah lagi benda yang dia mintak boleh upgrade apa2 sudut hidup dia… yang mana melampau atau kureng seshuuai boleh la kita ubahsuai jgn sampai anak2 merajuk..nak ikut cakap anak2 pun jgnlah melulu sampai kita lak ternganga balik bila diorg terkedang lain2 kali sbb ape yg diorg mintak tak dapat
  • Anak-anak dapat meluahkan masalahnya - in case dia malu nak cakap, just tanya.. dan kat sini mungkin ada baiknya jika kita kenal baik dgn kawan baik anak2 kita so kita boleh korek cerita dgn diorg…


Tujuan Berdialog Dengan Anak-Anak

  • Untuk mencari atau menjelaskan kebenaran.
  • Untuk menggerakkan minda anak-anak.
  • Menggerakkan kemahiran berfikir di kalangan anak-anak.
  • Untuk anak-anak mendapat maklumat.
  • Mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
  • Menimbulkan keyakinan diri anak-anak.
  • Melatih anak-anak cekap berhujah.

Adab-Adab Berdialog Dengan Anak-Anak

  • Kedua-dua pihak tidak boleh meninggikan suara.
  • Jangan keluar dari tajuk perbahasan/perbincangan.
  • Jangan sindir-menyindir di antara kedua-dua belah pihak.
  • Ibu bapa jangan menunjuk jari ke muka, menunjukkan simbol pergaduhan seperti genggaman penumbuk atau mengenakan tindakan fizikal atau deraan seperti memukul, mencubit dan sebagainya.
  • Hadkan masa, jangan meleret-leret.
  • Jika adab-adab di atas tidak dapat kedua-dua belah patuhi, maka jangan mulakan sesi dialog langsung.

Oklah semua, takpe kan kalau saya cadangkan sesuatu utk semua di sini… apa kata kalau kita berdiskusi dgn sekeluarga after solat subuh berjemaah..he he..kene le solat berjemaah kan..atau pun lepas makan malam… dlm seminggu jadikan amalan mesti ade at least 3 kali kita bersembang… moga kita semua beroleh keluarga yang bahagia dunia dan juga akhirat sana…


Salam,
YM : sitisifir10
sitisifir10@yahoo.com
0199147161
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://pg.photos.yahoo.com/ph/sitisifir10/album?.dir=/a59escd

Monday, July 24, 2006

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita Bah 1

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. Yang ni boleh digunapakai kalu bini balik keje dulu atau suri rumah la. Mmg la sepatutnya bini tuh tunggu suami kan tapi in case le lauk tgh bergoreng ke atau tgh cuci diapers anak ke tetido ke...cari la dulu bgtau.."Yang, abg dah balik nih..meh nak peluk cikit". He he bukan org lain punya pon kan? Byk khasiat tau peluk suami isterinih...

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.Tanya la ape dia nak masak..bole ke abg tolong walau tolong tengok pun satu apresiasi yang sgt wallah tau..org laki nih suka biar bini buat keje sensorang..even teman bini sambil buat keje kan bagus...

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.Jangan la kasik bini sembang sensorang..tunjukkan kita excited dengar cerita dia..tapi biarla sesuai dengan keadaan..

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.Kalau rase nak bg jln penyelesaian pon jgn main paksa suruh dia ikut cadangan kita. Yang penting kita memahami apa yang dia nnak kata..

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.Takkan tak faham kan? Lepas solat subuh ke luang kan masa sama-sama...atau malam sebelum tidur ke... Bersembang-sembang dan santai bersama..setengah jam dari 24 jam bukan lama pon..Ini akan membangkitkan kasih sayang antara kita. Manakan tidak, keadaan ni lah yang membuatkan kita tak jemu dengan pasangan kita...kalau cam saye la kan, sambil2 dengar motivasi subuh kat tv tuh sambilsembang2 dgn hubby

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.Yang ni jangan la terlepas pandang...bawak balik coklat pun hadiah gak namanya. Nih kat anak bawak balik memacam tapi kat bini bawak balik barang dapur je..Cubala belajar bawak balik coklat ke, bunga ke, baju tidur ke.......Yang murah2 pun takpe...Janji sayang.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.Adei..yang ni kalau saye elaborate, kene banned pulak kan? Sebagai klunya lah kan, hantar la msg2 yg ala2 nak bagi hint yg awak tu perlukan dia ke...usik lebih2 ke...cannot waiting for u ke....

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.Hah part nih lah yang saya sendiri tunggu2..mcm suami saya masak lagi sedap dari saya masak. Masa dia offer nak masak, saya rasa saya lah perempuan paling beruntung sekali...Bukan senang tau...Tapi boleh tak saya cadangkan mcm nih...cth mcm saya punya birthday, 6 april n abg saye 13 jan....so, saya cadang kat suami setiap 6 hb every month dia masak...so, nnt time b'day kite dia masak spesel...n13 hb every month makan kat luar...adui...best tau...

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.Kita walaupun isteri tak la selawa siti nurhaliza ke, ina mawi ke...apa lah salahnya kita puji ratu hidup kita..dia yang beranakkan anak-anak kita, makan pakai lagi dia siap...dan dalam kita tak sedar dia jugak la yg mendoakan kita, membimbangi kita tatkala berjauhan..maka pujian yang sedikit akan membangkitkan motivasi dalam diri dia tanpa yg laki sedar....

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.Saya kalau marah la kan...he he..saya selalu tanya suami, dia sedar tak saya marah...bila dia kata dia sedar kira orait la, at least dia tau kat mana saya tak suka..kalau isteri marah, mcm rendah diri lah sekejap..bukan takleh bg nasihat bebaik selepas tu...

Tuesday, July 18, 2006

NAK KUNCI KE TAK PINTU BILIK NI EK?

Memang ada sesetengah org akan musykil perlu ke tak tutup pintu bilik tambahan pulak kalau nak bersama. Kadang tu kesian jugak kat anak kan maklum saja diorang kan banyak nak interaksi dengan ibu bapa tapi mungkin perkara yang ditulis dibawah perlukan perhatian yang wajar

  • Umumkan privacy anda berdua - pintu bilik sewajarnya sentiasa bertutup bukan hanya untuk bersama. Bilik adalah tempat untuk kita suami isteri berkongsi perkara2 yang melibatkan privacy, untuk bercakap2 perkara yang peribadi, untuk mendengar luahan pasangan kita atau sekadar tempat untuk saling bermanja tanpa gangguan orang lain
  • Ajar anak untuk menghormati privacy kita – walaupun pada usia yang masih kecil mereka sudah boleh diajar untuk menghormati privacy kita dan mengetuk pintu sebelum masuk. Perkara yang sama juga patut kita lakukan semasa mahu masuk ke bilik mereka. Jika susah untuk mengajar mereka mengetuk pintu, mungkin ada baiknya kita mengunci pintu dari dalam
  • Jika anak masih mengganggu? – sekiranya anak termasuk kedalam bilik dengan tak sengaja, jangan panic dan terus marahkan anak tu. Jika kita marah2 mungkin akan menimbulkan sesuatu yang pelik tentang seks bagi anak kecil kita. Pimpin anak ke bilik mereka atau layanilah mereka sebaiknya selepas itu dan penjelasan tentang apa yang mereka nampak tadi keesokan harinya saja
  • Jelaskan itu bukan pergaduhan – dah terlajak anak2 ternampak kita perlu jelaskan bahawa kita atau pasangan bukan saling menyakiti. Mungkin terpaksa mengaku kita sedang bergurau laki bini

Situasi ini akan menjadi lebih sukar sebenarnya jika kita tidak berhati-hati…perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah berhati2.. jangan biarkan perkara yang anak2 kita nampak menghantui hidup mereka. Kerana mereka mungkin terlalu kecil untuk memahami kegiatan kita suami isteri…

Selamat……….

Monday, July 17, 2006

Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan


  • Assalamualaikum,
    Selepas je dengar berita pasal Siti Nurhaliza nak kawin dgn Datuk Khalid, saya mulakan menaip. Hebatnya la cerita sampai wakil rakyat di parlimen pun boleh bagi komen…he he… saya bukanlah jenis yang minat sangat dengan perkembangan hiburan ni even perkembangan nasyid sekalipun namun berita siti nih ibaratnya macam ikon besar negara kita. Baik atau tidak, kita sendiri boleh menilainya.

    Harini pun saya agak pening sebab semalam saya mengemas kotak lama yang berisi dengan ‘sampah yang berguna’. Punyalah susah nak decide yang mana nak buang dengan yang mana nak simpan. Kerja mengemas tu selesai pukul 11.30 malam semalam. Alhamdulillah, dalam kebuntuan saya dapat jugak memutuskan sama ada saya boleh meneruskan hobi lama saya atau tak..he he…

    Dah alang2 bercerita kan boleh la saya bgtau hobi saya apa kan? Hobi saya dulu2 mm…saya senaraikan kat bawah la ek…
  • Buat kad buatan tangan (aiceh..tak kira la lawa ke tak kan?)
  • Buat book mark dan perkara yang sewaktu dengannya
  • Kumpul setem (so, sape yang masih ade minat mcm saye boleh la contact2 saya ek)
  • Buat buku skrap – kartun (ikut pelukis dia eg Zunar, Rossem, Lat), resepi, pendidikan anak-anak, kesihatan, penemuan sains dll (byk tau buku yg saya skrapkan)
  • Membaca – novel, majalah (NUR-tak ketinggalan lagik plus lain2)

    Ape lagi, rasanya yang tu je. Skang nih nak kata susah itu hanya alas an tapi mmg tak berkesempatan. Mungkin saya belum cukup bijak mengatur masa. Saya berkira2 nak buat jadual bulanan untuk diri saya sbb saya tau kalau ada jadual, saya akan seboleh daya dan sanggup qadha kerja kalau saya tak patuhi jadual. Pastilah masa yang terkorban tu adalah masa tidur.

    He he…tajuk kat subjek lain kan tetiba saye membebel pasal benda lain. Oklah, mari kita berckap tentang tajuk. Kenapa saya pilih tajuk nih. Sbb bagi saya peranan ayah dalam sesebuah rumah terutamanya untuk mendidik anak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Maaf lah saya tak ingat dimana saya mendapatkan artikel ini. Namun saya berharap Tuhan memberi kerahmatan pada penulis asal artikel di bawah…

    Rahsia jadi ayah yang berkesan
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

  • Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan
  • Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya
  • Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri
  • Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketikazaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.


Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada beberapa rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

  • Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab
  • Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga – jangan lah sampai bapa tu sendiri confuse dgn peranan dia
  • Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka – setakat beritahu tak cukup, tunjuk tu yang penting, nih basuh pinggan pun tak, kesian kat bini, nanti anak ingat basuh pinggan je keje mak dia. Tak jatuh nye macho kalau basuh pinggan..
  • Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah – ini tidak bila anak tegur kita naik angin sedangkan dia perlu tahu yang mana kesilapan dan cara untuk mengelakkannya..
  • Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang! – ini bukan setakat saja-saja taknak kasi anak jadik jahat ke pelik ke tapi adalah untuk menunaikan amanah ALLAH

Kenali anak anda.

  • Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda
  • Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka – malang sungguh bagi bapa yang hanya diam tak beri respon dgn setiap kelakuan anak. Belajarlah berkomunikasi dengan anak
  • Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing – yang ni memang penting sbb dengan cara ni, anak2 tidak akan pergi jauh dari kita dan kita pulak banyak reporter tentang sebarang kelakuan mereka. Lagipun, kan lebih baik rumah kita dijadikan port untuk anak2 dan kawan mereka dari mereka membuang masa di tempat yang kita tak tau
  • Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

  • Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
  • hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan) – ini tidak, sikit2 melenting macam nak rak padahal salah anak ciput aje. Bab ni, mungkin suami isteri perlu saling tegur menegur tentang cara komunikasi dengan anak-anak
  • sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan) – buatla agenda harian (eg solat jemaah subuh), agenda mingguan (eg ramai2 ke pasar), bulanan (eg gotong royong) dan jadilah orang yang paling disiplin sekali supaya anak mesra dgn kita
  • kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti
  • Melindungi, menyara dan mendoakan – doa kita dan restu kita akan mengiringi anak2…sayangilah mereka
  • Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah
  • Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis
  • Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat
  • Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna
  • Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

  • Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia
    Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan
  • Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak untuk didengari dan diberi perhatian

Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian

  • Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama
  • Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah
  • Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid
    Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit

Saturday, July 15, 2006

Kelebihan Sujud

Kelebihan sujud

Memandang kepada tajuk tertera saya sangat yakin setiap dari kita pasti dah baca malah sesetengahnya lebih memahami isinya lebih dari saya sendiri. Namun saya cuma mahu mengulangi lagi supaya manfaat ini lebih larut lagi dalam jiwa kita menjadikan kita lebih ikhlas dalam amal ibadat seharian.

Tanpa kita sedari rupanya ibadat yang kita lakukan seharian mempunyai banyak manfaat secara tidak kita sedari selain jiwa kehambaan yang boleh ditebalkan disini. Mungkin ada yang tercari-cari dimana arah untuk mencari ketenangan dan bagi saya hanya dengan Tuhan segala soalan akan terjawab.

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Maka untuk apa lagi kita ragu-ragu dalam menunaikan ibadah. Bukankah Tuhan telah menetapkan yang terbaik buat hambaNya di dunia ini. Buat ahli baru, selamat datang ke KCC..Semoga manfaat yang ada disini akan diperoleh dan digunapakai setiap masa.

Salam perjuangan,
YM : sitisifir10

Thursday, July 13, 2006

Petua 8P Siti Nur Bahyah

1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
Biar pun di mata kita nilai yang dilakukan oleh pasangan kita terlalu kecil namun jika dia telah berbuat sesuatu kenapa tidak kita hargainya sedangkan dia menerima kita sebagai pasangan hidupnya. Tanpa pujian, motivasi diri pasangan mungkin menurun dan sangatlah malangnya kita andai dia tiba-tiba tak melakukan sesuatu buat kita lantaran kita tidak menghargai usahanya...Ala, puji sikit, tak luak pun kan??

2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu pelukmemeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
Bak kata Dr Fadhilah kalau kita peluk 5 saat je pun dah boleh memanjangkan sikit umur kan? Ye ke tak bukan persoalannya. Yang perlu kita fikir adelah dia telah dihalalkan buat kita maka apa perlu kita fikir lagi??

3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
Bukan luak pun kalau beli barang seringgit dua mcm kad kecik je ke...Macam ala2 romantik gitu...

4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
Mungkin ade setengah pasangan serabut kalau kita tanya itu ini tentang cerita dia di pejabat. Jangan la main terjah time yg tak betul. Kita boleh baca time mana dia suka bercerita dan time mana dia perlu berseorangan. Ini lebih baik dari dia rasa diabaikan..Kalau pokcik kite carik yang lain camne?Kalau mokcik kite tuh merajuk plak mcm ne??

5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Memang sukar nak fahami pasangan tambah pulak di awal usia perkahwinan..Tapi jangan takut, kita punyai banyak masa untuk berbuat demikian. Satu kuncinya adalah jgn asyik nak menang..Beralahlah sikit-sikit...

6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Dah tau ade pasangan sendiri, kene la jaga kan..Kalau rasa pasangan kite nampak nye kureng sekarang kan byk teknik makeover?? Nak dgn tak nak je...

7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Fikirkanlah masa dan tika yang sesuai untuk tinggalkan anak2 pada orang yang boleh diharap. Pergilah bercuti dan kenangkan saat2 indah masa mula2 kenal, mula2 kawin....Mmmm....Bestnya..

8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Wajibkanlah diri kita berdoa kerana kita bukan siapa-siapa andai Tuhan tidak mentakdirkan kita begini.....